13/2- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penyerahan Kunci Rumah Spektra Permata (RSP) Santubong bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Tapak Projek RSP SPK Santubong , Kuching petang ini.
Bagi projek RSP Santubong, sebanyak 62 unit rumah di bawah SPK Santubong dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) merupakan agensi pelaksana utama.
Projek dibangunkan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan mencatat skor kecekapan 91 peratus,sekaligus mencerminkan tahap mutu, ketepatan serta kecekapan pelaksanaan pembinaan.
Pembinaan telah bermula 9 Jun 2023 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 15 Oktober tahun lalu, dalam tempoh 18 bulan, dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.20 juta.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Khui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) merangkap ADUN Pantai Damai Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Abdul Yakub Arbi dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Fathi Hambali.